Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah Dato' Iskandar Samad lawat tapak kebakaran Kg Hidayat

Dato' Iskandar Samad lawat tapak kebakaran Kg Hidayat

Tawau 6 Julai - Naib Presiden PAS Dato' Ar Iskandar Abdul Samad melawat tapak kebakaran Kg Hidayat tengahari tadi.

Beliau diiringi  AJK PAS Pusat merangkap YDP PAS Kawasan Tawau Muhamad Husain berserta beberapa  AJK PAS Kawasan Tawau.

Iskandar turut melawat Pusat Bantuan Bencana Kg Hidayat dan mendapat penerangan  dari pegawai yang bertugas  berhubung situasi yang berlaku.

Iskandar menggesa orang ramai di mana saja berada sama ada di Sabah mahupun di Semenanjung agar memberikan bantuan kepada mangsa.

" mangsa amat-amat memerlukan bantuan, ini kerana mereka telah kehilangan segala-galanya". kata Iskandar ketika ditemu ramah oleh wartawan di lokasi.

" Selaku ketua Pengarah KHIDMAT Malaysia saya akan membuat kutipan untuk  diberikan kepada PAS Tawau dan Jabatan Amal dan untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa kebakaran".

Dalam kejadian 1 Julai lalu, 261 buah rumah telah musnah terbakar dan hampir 2,000 penduduk telah kehilangan tempat tinggal.