Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah Kerajaan Persekutuan perlu bantu kerajaan negeri bina PPR untuk mangsa kebakaran

Kerajaan Persekutuan perlu bantu kerajaan negeri bina PPR untuk mangsa kebakaran

 

Tawau : Kerajaan Persekutuan perlu membantu kerajaan negeri Sabah menyelesaikan masalah penyedian perumahan untuk mangsa-mangsa kebakaran yang semakin bertambah.

Semasa lawatan YB Iskandar Samad ke tapak kebakaran Kg Hidayat kelmarin, beliau menyatakan perlu ada satu penyelesaian jangka panjang yang memerlukan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan bekerjasama.

" bagi pihak kerajaan negeri, jika bina semula terdapat  banyak perkara yang perlu  ditekankan, mungkin kerajaan persekutuan perlu campurtangan membantu kerajaan negeri untuk membina semula rumah Projek Perumahan Rakyat untuk warga tempatan" Kata Yb Iskandar ketika ditemu ramah pemberita di tapak kebakaran.

Kata beliau lagi, " walaupun hampir separuh mangsa bukan warganegara, tapi oleh kerana mereka telah ada disini, dari segi semangat Islam mereka perlu dibantu juga, kita tidak boleh membiarkan mereka begitu sahaja".

Dalam lawatan tersebut, YB Iskandar telah menyerahkan sumbangan kepada AJK PAS Pusat yang juga  merangkap YDP PAS Kawasan Tawau Mohamad Husain untuk disalurkan kepada mangsa kebakaran.