Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah 200 Keluarga mangsa kebakaran Kg Hidayat terima sumbangan

200 Keluarga mangsa kebakaran Kg Hidayat terima sumbangan

 

Tawau 8 Julai - 200 keluarga mangsa kebakaran Kg Hidayat Batu 4 Jalan Apas   mendapat sumbangan hasil pelancaran derma yang telah dibuat oleh PAS Kawasan  Tawau dan  PAS Negeri Sabah.

Sumbangan telah disampaikan tadi oleh YDP PAS Tawau yang juga AJK PAS Pusat Mohamad Bin Husain dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah Zaiem Al-Hilmee

Sebanyak Rm17,000 telah terkumpul hasil sumbangan ahli PAS seluruh Sabah dan orang ramai. Selain sumbangan berbentuk duit, orang ramai turut menyumbang pakaian terpakai dan lain-lain.

 Rm12,000  telah dibelanjakan untuk membeli beras, minyak masak, gula dan lampin pakai buang dan telah  diserahkan tadi .

Manakala rm5,000 lagi berupa barang keperluan asas  akan disampaikan  esok hari.

YDP PAS Kawasan Tawau Mohamad Bin Husain mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepada mangsa khususnya Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, DPPNS, DMPNS, Jabatan Amal, KHIDMAT Malaysia Negeri Sabah, Kawasan-Kawasan PAS Kawasan Tawau, Ameera dan Nusaibah.