Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah Tawau terbakar lagi : PAS Tawau segera sumbang 2 gulungan paip air

Tawau terbakar lagi : PAS Tawau segera sumbang 2 gulungan paip air

 

Tawau 11 Julai : Satu lagi kejadian kebakaran telah berlaku di Kampung Taqwa Jalan Tawau Lama pada malam10 Julai  baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7.00 malam dan telah memusnahkan 100 peratus 5 buah rumah dan merosakkan 5 peratus 2 buah rumah.

9 keluarga telah kehilangan tempat tinggal.

Dengan itu PAS kawasan Tawau diwakili  YDP PAS Tawau Encik  Mohamad Bin Husain telah menyumbangkan 2 gulung paip air.

Mohamad Bin Husain berkata " Kami mengambil keputusan untuk menyumbang 2 gulung paip air untuk memenuhi keperluan penduduk kampung, ini kerana hasil pemerhatian kami, akibat kebakaran , banyak paip yang bocor dan patut diganti dengan segera agar dapat mengelakkan berlaku  pembaziran air ".

Manakala  seorang penduduk kampung , Aripin ketika ditemui berkata " Punca kebakaran masih belum dapat dipastikan, namun desas desus mengatakan kebakaran bermula dari sebuah rumah kosong"