Kha09212017

Last updateKha, 21 Sep 2017 12am

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah 5000 hadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Aidil Fitri PAS Kawasan Tawau

5000 hadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Aidil Fitri PAS Kawasan Tawau

Tawau  16 Julai - Lebih 5000 orng pengunjung dianggarkan menghadiri Rumah Terbuka Majlis Sambutan Aidil Fitri anjuran PAS Kawasan Tawau yang telah berlangsung dengan meriah pada 16 Julai , 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari di perkarangan medan letak kereta hadapan  Pejabat PAS Kawasan Tawau Fajar.

Tetamu telah hadir kira-kira setengah jam sebelum majlis bermula. Walaupun  majlis sepatutnya berakhir jam 1.00 tengahari namun masyarakat Tawau masih berpusu-pusu berkunjung ke Rumah Terbuka yang diadakan pada hari Ahad kelmarin.

Turut hadir ke Rumah Terbuka PAS hari ini ialah YB Hjh Muntaz Hj Md Nawi beserta suami, Puan Ilvira Mohd Dasuki Ketua pilihanraya Dewan Muslimat Pas Kelantan, dan beberapa ahli rombongan yang  berada di Tawau  dalam rangka lawatan tiga  kawasan kebakaran serta mnyantuni mangsa kebakaran yang berlaku baru-baru ini.

Ketika berucap dihadapan hadirin , Yb Hjh Muntaz Hj Md Nawi telah membaca ayat 10  surah  Hujaraat yang menyatakan " Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara ". Sebagai peringatan semua yang hadir.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan Tawau  kerana telah menjemput rombongan ke  Majlis Rumah Terbuka ini tersebut.

Yb Hjh Muntaz berkata " Kepentingan diadakan rumah terbuka adalah untuk merapatkan ukhuwwah dan untuk saling kenal mengenali antara satu dengan lain"

Kata beliau lagi " Ini kerana melalui acara makan-makan mudah untuk berkumpul dan mengenali antara satu dengan lain"

Salah seorang pengunjung , Jumatiah Binti Sena  menyatakan majlis yang diadakan oleh PAS Tawau adalah amat baik kerana dapat berkenal-kenalan.

" Saya  mendapat tahu  majlis ini melalui Facebook dan rakan-rakan di kampung" katanya ketika ditemu ramah wartawan  portal PAS pusat dalam majlis Sambutan tersebut.

Manakala YDP PAS Kawasan Tawau yang juga AJK PAS Pusat, Tuan Mohamad Bin Husain ketika ditemuramah mengucapkan terima kasih kepada semua ajk dan petugas yang telah bertungkus lumus memberikan komitmen 2 hari sebelum majlis bermula. 

" kita berpuas hati atas komitmen ajk dan petugas dalam menjayakan majlis ini".

Kata beliau lagi " PAS Tawau juga berterima kasih kepada masyarakat Tawau yang telah hadir "

" kehadiran yang bertali arus  ini sebagai tanda PAS semakin diterima di daerah Tawau".

Pengarah program Majlis Sambutan Hari Raya PAS Kawasan Tawau, Ustaz  Abu Wazif Che Ali berkata kehadiran anak muda kali ini ke majlis  anjuran PAS Kawasan Tawau amat ramai dan ini sebagai petanda keterbukaan dan penerimaan golongan anak muda terhadap Parti Islam Se Malaysia amat memberansangkan.

" Terima kasih kepada petugas-petugas dan pengunjung-pengunjung" kata beliau ketika ditemu ramah  di lokasi majlis.

Dalam majlis ini, pelbagai juadah telah dihidang kepada para tetamu dan pengunjung, antaranya gulai daging, Ayam masak merah, nasi minyak, sate, ayam golek, bakso cinta dan lain-lain.

Majlis tambah diserikan dengan nasyid dendangan Saudara Adam Khaleef Elyas seorang penyanyi nasyid yang terkenal di Sabah.