Sab08192017

Last updateJum, 18 Ogs 2017 8pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah PAS bantu masyarakat yang memerlukan

PAS bantu masyarakat yang memerlukan


SANDAKAN : PAS Kawasan Sandakan pada Sabtu lalu bersama sebuah badan bukan kerajaan telah bersama-sama dalam program yang bertujuan memberi sumbangan beras kepada penduduk kampung di Kampung Lupak Meluas Laut dekat sini.

Seramai 30 orang penduduk kampung telah menerima sumbangan beras dalam program tersebut disamping kanak-kanak yang diberikan duit raya.

Sahar Abdul Majid yang merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Sandakan  menyatakan harapan kepada penduduk kampung agar semua suku di Sabah bersatu untuk mendaulatkan agama Islam di bumi Sabah.


 


Tambahnya, semua lapisan masyarakat perlu berusaha mengekalkan ukhuwah dalam kalangan penduduk walaupun berbeza suku kaum.

Sahar turut menyentuh isu keprihatinan terhadap kesengsaraan rakyat kampung ini terutamanya berkenaan elektrik.

"Masalah rakyat ini hanya akan dapat diselesaikan apabila PAS menang dan mempunyai kuasa pada pilihanraya akan datang," jelasnya.

Sementara itu, mantan JKK Kampung Lupak Meluas Laut, Haji Agay Sakati memberikan ucapan penghargaam kepada semua pihak yang memberi sumbangan dan berdoa semoga Allah membalas jasa semua.