Sab08192017

Last updateJum, 18 Ogs 2017 8pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah IHTIFAL ALAM RIA PASTI Kawasan Tawau 2017

IHTIFAL ALAM RIA PASTI Kawasan Tawau 2017

Tawau  : IHTIFAL ALAM RIA PASTI Kawasan Tawau telah berlangsung dengan jayanya pada 29 dan 30 Julai yang lalu. 

Sebanyak 25 buah Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ) telah menyertai  pertandingan ini, selain PASTI Kawasan Tawau, Penyertaan turut datang dari PASTI Kawasan Semporna dan PASTI Kawasan Silam.

Pada 29 Julai saringan telah diadakan di Kolej Komuniti Tawau manakala acara kemuncak pula diadakan pada 30 Julai di Dewan SJKC Yuk Chin .

Kira-kira 500 peserta menunjukkan kebolehan dan bakat dalam 8 acara yang dipertandingkan iaitu acara azan, hafazan , pidato, khutbah, bercerita , sajak, nasyid dan pertandingan mewarna.

Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun.

Acara yang bermula seawal jam 8 pagi itu telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Harizam Elyas.

Beliau mengucapkan penghargaan dan tahniah atas program yang berjaya diadakan saban tahun bahkan menjadikan Program Alam Ria PASTI sebagai medan latihan pembinaan Jati diri pelajar PASTI tersendiri.

Tambah beliau lagi " Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa bersyukur. Buktikan kesyukuran kita dengan dengan mendirikan Solat, berpuasa di bulan Ramadhan, Mengeluarkan Zakat fitrah dan menunaikan Haji".

Selain itu, untuk membuktikan kesempurnaan islam kita secara menyeluruh. Kita seharusnya memartabatkan Ekonomi islam, Pendidikan Islam, Politik Islam, Perundangan Islam dan segalanya kena ambil islam sebagai cara hidup. 

Manakala pengerusi PASTI Kawasan Tawau merangkap Pengarah PASTI Negeri Sabah Cikgu Karim Dullah dalam ucapannya pula berkata " Pelajar-pelajar di PASTI bukan sahaja diajar di dalam bentuk akademik namun penerapan di jiwa anak-anak tentang akidah dan Islam turut ditekankan"

Kata beliau lagi " Jika inginkan kesinambungan akidah anak-anak  PASTI ini terjaga maka berikanlah mandat tuan kepada PAS dalam PRU nanti agar sistem pendidikan berdasarkan al quran dan sunah dapat dipraktikan dalam pendidikan dan pemerintahan sepenuhnya".

Johan keseluruhan telah dimenangi oleh PASTI Nurul Huda Pasir Putih, Naib Johan PASTI Nurul Mawaddah Taman Ria dan tempat ke 3 PASTI Nurul Iman Tg Batu Laut.

Disamping acara pertandingan , 10 gerai jualan juga telah dibuka bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung . Pelbagai jenis barangan berupa makanan, minuman dan sebagainya  telah dijual. 

Program yang tamat pada jam 1.00 petang itu diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada PASTI yang merangkul Johan dalam setiap acara yang dipertandingkan.