Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah Oku teruja, terima sumbangan Al quran dan Iqra' braille dari PAS Tawau

Oku teruja, terima sumbangan Al quran dan Iqra' braille dari PAS Tawau

 

Tawau - Salmah Bte Hj Abd Hassan sungguh gembira dan teruja apabila mendapat  satu set al quran braille yang terdiri 6 jilid  dan 1 set iqra' braille  sumbangan dari PAS Kawasan Tawau.

Timbalan ketua Lajnah Dakwah PAS Kawasan Tawau, Siti Arfa Asrisal , mewakili PAS Kawasan Tawau telah menyampaikan sumbangan tersebut ketika menziarahi Salmah di rumahnya di Tg Batu Kampung Pukat pada 1 Ogos baru-baru ini.

Salmah berusia 37 tahun,  mengalami masalah penglihatan setelah mengalami demam panas semasa berumur 14 tahun. 

Kini Salmah hanya dapat melihat cahaya sahaja, manakala pendengarannya juga semakin berkurangan.

Namun, kegembiraan terpancar di wajah Salmah setelah mendapat sumbangan tersebut. Semoga ini menjadi titik tolak kepada Salmah untuk maju khususnya dalam ilmu membaca al quran.

Salmah merupakan anak sulong dari 8 adik beradik dan bekas pelajar SK Muhibbah Raya Tawau dan sekolah berasrama penuh Lahad Datu.

Ayah Salmah bekerja sendiri dengan menjual pulut dan nasi dengan menggunakan perahu kepada nelayan-nelayan sekitar kampung.

" Sejak anak-anak  masih kecil hingga sekarang,  Alhamdulillah , walaupun sekadar jual nasi, cukup jugak makan dan sentiasa di murahkan rezeki".  Kata ayah Salmah.

Manakala ibu Salmah pula berkata mereka amat bersyukur dan gembira  kerana anak mereka telah lama ingin  mempelajari al quran braille namun belum berpeluang. 

" Semoga yang menyumbang dimurahkan rezeki". kata ibu Salmah.

Bersama-sama menziarahi Salmah adalah guru al quran braille dari Pertubuhan Pembangunan OKU Malaysia (PPOM), Ustazah Juliyah Darman yang akan menjadi guru pembimbing kepada Salmah mempelajari kaedah membaca al quran braille.

Ustazah Juliyah Darman merupakan seorang tenaga pengajar sukarelawan di Kafa OKU Ppom Tawau dan mendapat tauliah sebagai pengajar kaedah membaca al quran braille dari Persatuan Orang-orang Buta Islam Malaysia ( PERTIS ).

Selain Al quran Braille dan iqra' Braille, Salmah turut diberikan rehar meja hasil sumbangan orang ramai.