Sab08192017

Last updateJum, 18 Ogs 2017 8pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Sabah PAS rakam takziah, simpati kepada pelajar UMS maut bot terbalik

PAS rakam takziah, simpati kepada pelajar UMS maut bot terbalik


KOTA KINABALU : PAS merakamkan ucapan takziah dan melahirkan rasa simpati yang mendalam ke atas waris Nurnasibah Husna Ibrahim, 21, pelajar UMS yang maut selepas terperangkap di dalam bot yang terbalik dalam kejadian di Kuala Besut semalam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Mustaman Mustain mendoakan semoga Allah mengantikan kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik.

“Saya bagi pihak seluruh ahli dan pemimpin PAS ucap takziah melahirkan rasa simpati keatas waris mangsa yang yang terlibat dengan kejadian bot terbalik sehingga menyebabkan kematian ini,” ujarnya.


Tambahnya, ajal maut adalah ketentuan ilahi dan kita yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan dengan menerima musibah menyedihkan ini sebagai ketentuan daripada Allah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian menyedihkan itu yang turut melibatkan lebih enam penumpang lain cedera.

Difahamkan, sebelum kejadian dipercayai bot laju itu yang turut dinaiki 15 pelajar lain mengalami masalah teknikal di bahagian kawalan enjin, menyebabkannya hilang kawalan dan terbalik.

Mangsa yang terselamat diselamatkan oleh beberapa bot lain, manakala Nurnasibah Husna yang berasal dari Kampung Alor Pasir, Pasir Putih, Kelantan dipercayai lemas  selepas terperangkap di bawah bot yang terbalik.

Difahamkan juga, kesemua pelajar terlibat dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian selepas selesai menghadiri satu program di situ.