Rab06282017

Last updateSel, 27 Jun 2017 12pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Sarawak Keputusan Pemilihan Saff Kepimpinan Dewan 'Ulamak, Pemuda & Muslimat PAS Negeri Sarawak Sesi 2017-2019

Keputusan Pemilihan Saff Kepimpinan Dewan 'Ulamak, Pemuda & Muslimat PAS Negeri Sarawak Sesi 2017-2019



Alhamdulillah. Selesai mengumumkan Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan 'Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak bagi sesi 2017-2019. Muktamar Dewan-Dewan berlangsung pada 1-2 April 2017 = 4-5 Rejab 1438H di Hotel Kawan, Sibu, Sarawak.

Alhamdulillah, semua jawatan bagi Dewan 'Ulamak PAS Negeri Sarawak (DUPNS), Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) dan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) sesi 2017-2019 telah dimenangi tanpa bertanding.






Berikut merupakan Ketua-Ketua Dewan yang telah mengekalkan jawatan masing-masing:

  • Ketua 'Ulamak: Ustaz Abdul Halim Bin Abdul Kadir

  • Ketua Pemuda: Saudara Mohammad Arifiriazul Bin Paijo

  • Ketua Muslimat: Puan Juliani Adini



Majlis Perasmian Serentak Muktamar ketiga-tiga Dewan telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Ketua Dewan 'Ulamak PAS Pusat (DUPP). Turut hadir Dr. Najihatussalehah Ahmad sebagai wakil Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Sdr. Muhtar Suhaili As-Sarawaki selaku wakil Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan Tuan Haji Jofri Jaraiee selaku Pesuruhjaya PAS Sarawak.

Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan! 

Dikeluarkan Oleh;
Mukhtar Suhaili As-Sarawaki,
Pengerusi, Jawatankuasa Pemilihan PAS Negeri Sarawak 2017.

1 April 2017 / 4 Rejab 1438H.

#UntukmuSarawak
#InilahPenyelesaianKita
#BertekadMelebarMuafakat
#BeristiqamahHinggaKemenangan