Isn08212017

Last updateSel, 22 Ogs 2017 9am

Back Utama Artikel PAS Negeri Sarawak Sekampit Beras Buat Saudaraku 4.0

Sekampit Beras Buat Saudaraku 4.0


Petrajaya, 9 April 2017- Aktiviti Sekampit Beras Buat Saudaraku yang merupakan aktiviti bulanan yang diseliakan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Petrajaya telah diadakan semalam. Program ini telah diadakan di Pejabat PAS Petrajaya.


Seramai 20 keluarga yang layak menerima bantuan telah hadir ke Pejabat PAS Petrajaya bagi menerima sumbangan sekampit beras. Manakala selebihnya bagi penerima dalam kalangan golongan kurang upaya, orang tua atau tiada upaya untuk datang ke pejabat, pihak PAS Petrajaya akan terus ke rumah penerima bagi menyampaikan sumbangan. Secara keseluruhannya sebanyak 50 keluarga di sekitar kawasan Petrajaya menerima sumbangan sekampit setiap bulan.


Pada majlis tersebut, turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Petrajaya, Encik Morshidi, Ketua Dewan Muslimat PAS Petrajaya, Puan Habsah Bujang serta Ketua Penerangan PAS Petrajaya, Encik Farhan Baharuddin bagi menyampaikan sumbangan kepada semua penerima.


Kebanyakan penerima sumbangan melahirkan rasa bersyukur atas komitmen PAS Petrajaya yang terus menerus menyampaikan sumbangan setiap bulan walaupun hanya sekampit beras. Usaha ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban keluarga lebih-lebih dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan. Mereka berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan.