Jum06232017

Last updateJum, 23 Jun 2017 11pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Sarawak PERATURAN ALLAH PENYELAMAT MANUSIA

PERATURAN ALLAH PENYELAMAT MANUSIA


Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi NYA kesempatan untuk kita terus hidup dengan penuh kesempurnaan ini.

Isu panas dalam negara, suasana tegang di Parlimen (RUU 355) mungkin akan berpanjangan, ini adalah hasil daripada kedegilan manusia yang enggan tunduk kepada hukum-hakam Allah SWT.

Sesungguhnya manusia tidak akan dapat menyelesaikan masalah, penyelesai masalah adalah Allah SWT. Sesungguhnya kehidupan manusia yang pelbagai memerlukan kepada satu peraturan piawaian, apabila sesuatu peraturan standard itu diterima, ianya hendaklah dipatuhi, jika tidak, bercelarulah kehidupan.

Bagi mereka yang beragama Islam, sewajarnya ia (RUU 355) dipatuhi, tetapi apa yang disaksikan sekarang, pihak yang menolak telah tidak menghormatinya. Bukankah kesudahan daripada perbalahan nanti akan mendatangkan kerugian kepada semua pihak.

Bagi orang yang beriman segala hukum-hakam yang telah termaktub dalam kitab Nya dan hadis adalah penyuluh kehidupan, malangnya ada manusia tidak mahu menjadikannya panduan.

Manusia pada hari ini pandai-pandai membikin pelbagai alasan untuk menggagalkan perlaksanaan RUU 355 itu semata-mata untuk kepentingan politik masing-masing.

Demikianlah apabila hukum-hakam Islam tidak dijadikan rujukan dan panduan dalam setiap kehidupan, akan berlaku kecelaruan membabitkan masyarakat.

Kehidupan ini bukanlah hanya berakhir di dunia ini, sebaliknya tiada penghujung di akhirat nanti. Setiap tingkah laku manusia dipertanggungjawabkan, masalah di dunia tidak akan selesai di sini sebaliknya diadili di sana. Kekuasaan, kesenangan, pangkat dan harta yang menjadi buruan setiap insan sebenarnya tiada nilai apa-apa di sisi NYA, hanya takwa seseorang itulah yang dipandang NYA.

Hukum-hakam Allah SWT adalah penyelamat kepada manusia yang sentiasa bersengketa itu. Allah SWT yang mencipta manusia. DIAlah yang tahu yang terbaik buat manusia.

Tiada jalan selamat kecuali berada di landasan NYA. Selain jalan ini, semuanya akan membinasakan manusia, bukan sahaja di dunia bahkan di akhrirat.

Sesungguhnya siksaan di dunia tetap berakhir tetapi di akhirat adalah berterusan selama-lamanya.


Cikgu Shukri Hj.Fauzi.
Kg.Bukit Kapar, Meru,
Klang, Selangor.

13 April 2017.