Rab05242017

Last updateRab, 24 Mei 2017 12pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Sarawak Media Baru Medium Cetak Idea

Media Baru Medium Cetak Idea


MIRI - 10 Mei 2017, PAS Kawasan Miri telah berjaya menganjurkan Bengkel Asas Mudahnya Adobe Photoshop yang diadakan selama sehari di PASTI Ar-Rayyan Senadin khusus untuk masyarakat setempat.

Bengkel yang dibawakan oleh Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini telah disertai oleh 11 orang peserta dari pelbagai latarbelakang seperti usahawan, pendidik, surirumah dan pelajar.

Para peserta yang menghadiri bengkel tersebut telah memberikan maklum balas positif berkenaan bahan kursus yang diajarkan, bahkan mereka berharap agar bengkel susulan perlu diadakan lagi.

Menurut jurulatih bengkel Mr Razi, beliau berkata "Bengkel seperti ini menjadi satu peluang untuk kita sebarkan kebaikan dalam masyarakat melalui media yang ada".

Ujarnya lagi, selepas menghadiri bengkel ini, para peserta hendaklah memanfaatkan ilmu yang dipelajari secara berterusan.

"Bengkel ini sangat membantu saya untuk memudahkan lagi proses pendokumentasian bahan pengajaran di sekolah," ujar Cik Suhaila yang merupakan salah seorang peserta bengkel tersebut.

Di akhir majlis, setiap peserta pulang dengan sijil penyertaan dan tanggungjawab untuk menyebarkan lagi dakwah melalui media masa yang ada.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana menghadiri program ini.


Wartawan: Fatmawati Sudin