Ahd05282017

Last updateAhd, 28 Mei 2017 1am

Selamat Hari Guru


Guru ialah satu profession yang dipandang tinggi oleh agama.

Guru yang paling agung dalam Islam ialah Baginda Rasulullah s.a.w. Rasulullah mengajarkan manusia Islam, sebagai cara hidup. Rasulullah juga model guru yang paling sempurna, pengajaran penuh kasih sayang dan hikmah.

“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya” Hadis Riwayat Bukhari

PAS Kawasan Miri mengajak semua meraikan Hari Guru dengan memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada golongan pengajar anak bangsa ini. PAS Kawasan Miri menggesa pihak kerajaan supaya mengangkat profession perguruan setaraf profession professional yang lain.

Kami juga menggesa kerajaan mengkaji dengan serius beban kerja guru-guru. Guru-guru hendaklah diberi ruang untuk memberi fokus kepada proses PnP, dan tidak dibebankan dengan kerja-kerja pejabat dan pengurusan.

Marilah kita menyambut Hari Guru dengan memberikan guru-guru Malaysia pengiktirafan sewajarnya dan mengangkat profession perguruan ke taraf yang lebih tinggi.

Ketua Penerangan
PAS Kawasan Miri