Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Sarawak Misi "Ceriakan Syawal" Lajnah Kebajikan PAS Bintulu

Misi "Ceriakan Syawal" Lajnah Kebajikan PAS Bintulu

20 Jun 2017 - Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bintulu telah menyantuni beberapa buah keluarga yang kurang berkemampuan untuk memberi sumbangan sebagai persediaan mereka menjelang Syawal akan tiba tidak lama lagi.

Ziarah kebajikan telah dilakukan terlebih dahulu untuk melihat keperluan keluarga tersebut. Hasil daripada tinjauan tersebut, pihak PAS Bintulu melihat keperluan setiap keluarga ini berbeza-beza. Ada keluarga yang memerlukan sumbangan kewangan, ada yang memerlukan sumbangan barangan, kelengkapan untuk berhari raya, pakaian dan sebagainya.

Untuk itu, PAS Bintulu telah membawa keluarga yang terbabit untuk membeli belah keperluan hari raya mereka. Program 'Shopping Raya' merupakan pendekatan yang sesuai bagi memenuhi keperluan yang berbeza bagi setiap keluarga tersebut. Turut hadir bersama ialah ketua Lajnah Kebajikan Muhammad Qaeyyum Hiffnie dan YDP PAS Bintulu, Tn Hj Khairul Ismail.

Perasaan gembira dan terharu jelas terpancar di riak wajah keluarga yang dibantu. Pihak Lajnah Kebajikan PAS Bintulu berharap dengan sumbangan yang diberikan mampu untuk mengurangkan beban mereka dan seterusnya dapat meraikan Hari Raya AidilFitri bersama-sama orang yang tersayang dengan lebih meriah.