Jum06232017

Last updateJum, 23 Jun 2017 12pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Perak Wakil Rakyat Luangkan Masa Iftar Bersama

Wakil Rakyat Luangkan Masa Iftar Bersama

Wakil Rakyat Luangkan Masa Iftar Bersama 


BATU GAJAH : Wakil rakyat PAS, ADUN Sg Rapat, YB Radzi Zainon meluangkan masa iftar dan solat maghrib bersama masyarakat sekitar Batu Gajah di Masjid Toh Puan Hatijah Batu Gajah, 6 Jun yang lalu.

Majlis berbuka puasa anjuran PAS Kawasan Batu Gajah itu memberikan peluang PAS mendekati masyarakat apabila beliau sempat beramah mesra dengan jemaah masjid sebelum waktu berbuka.

Antara yang turut hadir memeriahkan majlis ini ialah YDP PAS Kawasan Batu Gajah, Tuan Hj Ismail Ariffin serta ahli jawatankuasa PAS Kawasan Batu Gajah.