Sab08192017

Last updateJum, 18 Ogs 2017 8pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Perak Sumbangan Kasih Ramadhan Tanda Kasih Rai Syawal

Sumbangan Kasih Ramadhan Tanda Kasih Rai Syawal

SUMBANGAN KASIH RAMADHAN TANDA KASIH RAI SYAWAL


BUKIT GANTANG – Kemuliaan Ramadan diraikan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif berkebajikan menerusi penyampaian bantuan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan. Inisiatif itu telah dilaksanakan menerusi agihan bantuan penduduk di tiga DUN dalam Parlimen Bukit Gantang.

Lajnah Kebajikan PAS Bukit Gantang dengan kerjasama PAS Kawasan dan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang berjaya meneruskan agenda kebajikan menerusi penganjuran Program Sumbangan Kasih Ramadhan 2017 .

Program ini telah dilaksanakan pada 12 Jun 2017 dan berakhir pada 18 Jun 2017 yang lalu dilakukan secara berperingkat di lokasi yang terpilih melalui DUN Kuala Sepetang , DUN Changkat Jering dan DUN Trong .

Hampir 659 orang fakir miskin , orang kurang upaya dan anak yatim menerima bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang ,Ustaz Idris Ahmad , YDP PAS Bukit Gantang Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman , Ketua Lajnah Kebajikan Tn.Hj Zainudin serta beberapa kepimpinan daripada Dewan Pemuda , Dewan Muslimat dan ajk PAS Bukit Gantang .

Ketua Lajnah Kebajikan PAS Bukit Gantang , Tn. Hj. Zainudin berkata program sumbangan kasih ramadhan ini adalah program tahunan PAS Bukit Gantang.

Harapannya agar bantuan ini dapat meringankan beban keluarga masing-masing seterusnya mereka dapat merayakan Aidilfitri dengan perasaan gembira sekali gus mampu meningkatkan lagi ukhuwah antara kita .” katanya.

Masyarakat yang ditemui berharap Program Sumbangan Kasih Ramadhan dapat diteruskan setiap tahun kerana program seperti ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada golongan-golongan yang memerlukan.