Sab08192017

Last updateJum, 18 Ogs 2017 8pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Perak Dana PRU14 Di Malam Lailatul Qadar

Dana PRU14 Di Malam Lailatul Qadar

Dana PRU14 Di Malam Lailatul Qadar


PADANG RENGAS: Ketika pelbagai pihak berlumba-lumba menderma pada bulan Ramadan, PAS Kawasan Padang Rengas menyediakan platform unik kepada semua pihak yang yakin dengan perjuangan PAS melalui pilihanraya.

Hari ini, 14 Jun 2017 bersamaan 19 Ramadan 1438, PAS Kawasan Padang Rengas telah melancarkan secara rasmi Dana Ganjaran 1000 Bulan bagi tujuan Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Dana ini menyasarkan kutipan berjumlah RM200,000 bagi tujuan gerak kerja PRU14 di peringkat Kawasan antaranya bagi tujuan deposit calon, peralatan pilihan raya, bahan kempen dan lain-lain perbelanjaan yang melibatkan aktiviti pilihan raya sama ada sebelum mahu pun selepas pembubaran Parlimen.

Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Rengas, Shukri Mat Amin, menyebut dalam kenyataan rasmi beliau, “Saya menyeru kepada semua untuk sama-sama kita membuktikan kesyukuran dan kesungguhan kita untuk membawa suara Islam ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Perak dengan memberikan sumbangan kepada Dana Ganjaran 1000 Bulan ini bersempena bulan Ramadan yang dianugerahkan Lailatul Qadar.”

PAS Kawasan Padang Rengas dijangka bertanding di kedua-dua DUN Chenderoh dan DUN Padang Rengas juga di peringkat Parlimen Padang Rengas yang dipinjamkan kepada PKR pada PRU yang lepas.

Bagi individu yang berkemampuan, PAS Kawasan Padang Rengas menyediakan 100 kad kutipan khas yang bernilai RM1000 bagi setiap kad.

Namun bagi individu yang kurang berkemampuan, PAS Kawasan Padang Rengas menyediakan peluang keemasan iaitu infak sumbangan 10 malam terakhir Ramadan di kesemua 21 buah cawangan dan juga di atas talian (online).

Malah sumbangan atas talian (online) adalah amat digalakkan kerana ia bertepatan dengan ayat 274 dari surah al-Baqarah yang mengisyaratkan kelebihan infak pada waktu malam berbanding siang dan kelebihan infak secara sembunyi berbanding terang-terangan.

PAS Kawasan Padang Rengas menanti infak para pembaca secara istiqamah di 10 malam terakhir Ramadan dengan harapan kita dianugerahkan pahala infak 1000 bulan pada salah satu malam tersebut.

Para pembaca budiman diseru menyumbang secara atas talian (online) ke akaun CIMB atas nama PAS KAWASAN PADANG RENGAS nombor akaun 8602-9820-63.