Isn06262017

Last updateAhd, 25 Jun 2017 6pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Perak Santuni Petugas Hospital Melalui Ziarah Mahabbah

Santuni Petugas Hospital Melalui Ziarah Mahabbah

Santuni Petugas Hospital Melalui Ziarah Mahabbah


Parit Buntar : PAS Parit Buntar sekali lagi mengadakan Ziarah Mahabbah ke Hospital Parit Buntar siang tadi. Ziarah Mahabbah ini merupakan program berkala PAS Parit Buntar yang diadakan saban tahun apabila menjelangnya Ramadhan.

Rombongan seramai 30 orang itu diketuai oleh YDP PAS Parit Buntar, Abd Baharin Mat Desa. Turut hadir ialah ADUN Titi Serong, YB. Ust. Abu Bakar Hussin dan isteri, juga Penyelaras Parlimen Parit Buntar, Azhar Shahrin dan isteri. Ketua DPPK, Ketua DMPK, Ameerah, Lajnah Kebajikan DMPK dan barisan AJK DMPK.

Ziarah dilakukan di lima wad iaitu wad bersalin, wad kanak-kanak, wad perempuan, wad lelaki dan wad kecemasan. Sebanyak 100 buah bag diberikan kepada 50 pesakit dan selebihnya diedarkan kepada staff dan kakitangan hospital.

Kunjungan kami disambut dengan baik sekali oleh seluruh warga Hospital Parit Buntar dan kelihatan persakit amat gembira menerima sumbangan bag dan duit raya yang diberikan.

Ini antara usaha PAS Parit Buntar yang berjiwa rakyat dengan turun ke lapangan dan menyelami sendiri kesakitan dan penderitaan yang dialami para pesakit.

Program Ziarah Mahabbah ini berakhir pada tengah hari. Sumbangan bag kepada staff hospital dan aktiviti bergambar sebagai penutup program tersebut.