Ahd09242017

Last updateSab, 23 Sep 2017 10pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Perak Agihan Bubur Lambuk Santuni Rakyat Pelbagai Latar

Agihan Bubur Lambuk Santuni Rakyat Pelbagai Latar

Agihan Bubur Lambuk Santuni Rakyat Pelbagai Latar


GOPENG: Kehadiran bulan Ramadhan memberikan 1001 kebaikan serta membuka peluang umat Islam saling membantu antara satu sama lain. Berkongsi rezeki bersama orang lain manjadi tradisi masyarakat di samping mengeratkan silaturrahim.

Adun Sungai Rapat, YB Radzi Zainon mengambil peluang menyantuni masyarakat ketika mengedarkan bubur lambuk kepada pengunjung-pengunjung bazar ramadhan Medan Gopeng.

Pendekatan yang dilakukan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat sentiasa menjadi tradisi mendekati rakyat walaupun dari pelbagai latar belakang.

Penerapan BPMS yang digariskan oleh PAS mampu membuka mata masyarakat mendekati PAS dengan lebih mesra bahkan ia seiring dengan keperluan semasa.

Suasana pandangan masyarakat kepada PAS semakin mendapat perhatian dengan konsep kematangan berpolitik yang terhindar dari budaya fitnah serta menodai kemurniaan Islam.