Ahd09242017

Last updateSab, 23 Sep 2017 10pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Perak Ketua Pemuda Parit Ziarah Komandan Amal

Ketua Pemuda Parit Ziarah Komandan Amal

KETUA PEMUDA ZIARAH KOMANDAN AMAL


GELUNG PEPUYU - Sunnah perjuangan Islam tidak lekang dengan ujian. Begitu juga hal yang menimpa saudara Hamzah Harun yang terlibat dengan kemalangan ketika pulang dari usrah Jabatan Amal Parit kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Kemalangan berlaku lebih kurang 300 meter sebelum sampai ke rumah beliau yang terletak di Kg. Gelung Pepuyu, Beruas. Kemalangan berpunca apabila seekor musang yang tiba-tiba melintas ketika beliau sedang melalui jalan tersebut yang agak gelap serta menyebabkan beliau terseret bersama motorsikal yang ditungganginya.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan tulang bahu sebelah kanan beliau patah serta beberapa luka kecil di bahagian tangan, lutut dan kaki.

Ustaz Mohd Zahid bersama saudara Fadhil Hashim, Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPK Parit dan Encik Yusof, anggota Jabatan Amal Parit telah menziarahi beliau selepas solat tarawih sebentar tadi serta memberikan sedikit sumbangan keperluan harian serta perbelanjaan.