Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Perak Singgah Sahur: Hargai Petugas Belakang Tabir

Singgah Sahur: Hargai Petugas Belakang Tabir

Singgah Sahur: Hargai Petugas Belakang Tabir


BAGAN SERAI : Program singgah sahur anjuran PAS Kawasan Bagan Serai kolobrasi bersama jentera Pemuda, Muslimat dan Jabatan Amal bertujuan menghargai pengorbanan petugas yang komited melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Turut serta bersama menjayakan misi tersebut, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Ketua Pemuda PAS Bagan Serai, Ustaz Akmal Sani bersama penggerak dan aktivis dalam menjayakan progrm singgah sahur, 22 Jun lalu.

Singgah sahur itu telah menyediakan makanan untuk diberi pada mereka yang bekerja sampai lewat malam seperti pegawai keselamatan yang bertugas menjaga sekolah.

Begitu juga kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan, pekerja di stesen minyak serta pasukan keselamatan seperti Polis Trafik, Bomba dan JPAM.

Antara lokasi lain yang telah barjaya diedarkan seperti pasar awam ,pejabat kesihatan, pongsu,chek point akhir di Tol Alor Pongsu.

Edaran berakhir sekitar jam 3.30 pagi dengan bersahur bersama penggerak dan semua yang telah bertungkus lumus menjayakan misi tersebut.