Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Perak Bertemu Masyarakat Santuni Rakyat

Bertemu Masyarakat Santuni Rakyat

Bertemu Masyarakat Santuni Rakyat


BAGAN SERAI: Pandangan masyarakat berkaitan keadaan kehidupan semasa perlu diberikan perhatian kerana itulah tanggungjawab kepada semua pihak yang telah diberikan amanah melaksanakan tugas dengan sebaiknya.

Atas kesedaran tersebut, melalui pertemuan bersama masyarakat tempatan mampu memberikan peluang kepada mereka berkongsi kisah serta keperitan hidup yang dilalui.

Menyedari keperluan itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria bersama Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Wan Tarmizi Abdul Aziz mengambil kesempatan menyantuni warga kerja Klinik Kesihatan Teluk Medan dan Semanggol serta mengedarkan kurma kepada petugas-petugas di situ, 20 Jun lalu.

Sementara itu, Adun Selinsing, YB Husin Din juga tidak melepaskan peluang berbuka puasa bersama penduduk sekitar Masjid Alor Pongsu yang disertai beberapa orang AJK PAS Kawasan Bagan Serai.