Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Perak Bakal Hujaj Diraikan Wakil Rakyat PAS

Bakal Hujaj Diraikan Wakil Rakyat PAS

Bakal Hujaj Diraikan Wakil Rakyat PAS


BUKIT GANTANG- Bersempena musim haji pada tahun 1438H, bakal-bakal haji dalam Parlimen Bukit Gantang telah diraikan melalui satu majlis ringkas oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang , Ustaz Idris Ahmad, 23 Julai lalu.

Program anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang telah berlangsung di Masjid Jamek Changkat Jering pada pukul 4.30 petang .

Program dimulakan dengan bacaan surah yassin dan doa selamat bersempena mengambil keberkatan kepada jemaah haji yang akan mengerjakan haji nanti .

Semua bakal-bakal haji diperkenalkan kepada para jemaah yang lain dan yang lebih penting lagi, mereka juga saling kenal mengenali di antara satu sama lain.

Manakala bagi para jemaah yang lain pula dengan adanya majlis yang sebegini mudah-mudahan akan dapat menyuntikkan azam para jemaah untuk ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji pada masa-masa yang akan datang.

Sebelum program berakhir , Ustaz Idris Ahmad memberi sedikit cenderamata kepada bakal-bakal haji dan beliau mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci kepada bakal-bakal haji yang diraikan dan kembali ke tanah air bersama haji yang mabrur dan dianugerahkan dengan kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah sepanjang berada di tanah suci.