Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Perak Alam Ria PASTI Lahirkan Generasi Yang Berkaliber

Alam Ria PASTI Lahirkan Generasi Yang Berkaliber

Alam Ria PASTI Lahirkan Generasi Berkaliber


GERIK : Alam Ria PASTI Kawasan Gerik telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Julai lalu bertempat di Dewan Taman Desa Kasih dan Perkarangan PASTI Al-Maarif.

Sebanyak 9 buah PASTI daripada seluruh kawasan Gerik telah mengambil bahagian dalam 5 buah acara yang dipertandingkan.

Acara yang bermula seawal jam 9 pagi itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Gerik merangkap Timbalan Pengarah 3 Jabatan Amal Perak, Umair Zakuan Khalit .

Beliau mengucapkan perhargaan dan tahniah atas program yang berjaya diadakan saban tahun bahkan menjadikan Program Alam Ria PASTI sebagai medan latihan pembinaan Jati diri pelajar PASTI tersendiri.

Jelasnya, Alam Ria PASTI menjadi medan terbaik mencungkil bakat yang ada dalam kalangan para pelajar PASTI dan ternyata PASTI berjaya melahirkan para pelajar yang berani tampil kehadapan dengan aksi persembahan dalam acara yang dipertangungjawabkan seperti Hafazan ayat-ayat suci Al-Quran,Azan,Khutbah,Kalam Jama'ie dan Nasyid .

Program yang tamat pada jam 1.30 petang itu diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada Pasti yang merangkul Johan dalam setiap acara yang dipertandingkan.