Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Artikel PAS Negeri Perak PASTI Nurul Haq Tampil Juarai Alam Ria

PASTI Nurul Haq Tampil Juarai Alam Ria

PASTI Nurul Haq Juarai Alam Ria PASTI Kawasan Bukit Gantang
Oleh : EZy


TRONG : Alam Ria Pasti Kawasan Bukit Gantang telah dianjurkan dengan jayanya di Masjid Nurul Hidayah , Sungai Bemban , Trong pada 30 Julai yang lalu dengan penyertaan seluruh Pasti di Bukit Gantang,  , 30 Julai lalu.

Pelbagai acara telah dipertandingkan iaitu Kalam Jama’ei, Nasyid, Khutbah, Azan, Pidato, Bercerita, Sajak dan Hafazan yang menonjolkan bakat pelajar PASTI di hadapan ibu bapa dan penjaga yang hadir . Program ini turut diselitkan dengan pertandingan mewarna terbuka yang melibatkan kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun .

Sudah menjadi lumrah dalam sesuatu pertandingan akan ada yang kalah dan menang. Walau bagaimana pun, secara keseluruhan penyertaan kali ini amat membanggakan dan menghiburkan kepada para penonton yang hadir. Ini menandakan pelajar PASTI sememangnya hebat bukan sahaja dalam bidang pelajaran malah hebat juga dengan bakat-bakat dakwah yang terpendam.

Pasti Nurul Haq , Taman Mewah muncul juara keseluruhan Alam Ria Pasti Kawasan Bukit Gantang di mana pelajar mereka menjuarai 6 acara dari 11 acara yang dipertandingkan .

Johan setiap acara yang dipertandingkan akan mewakili Pasti kawasan Bukit Gantang ke peringkat negeri Perak yang bakal berlangsung di Seri Iskandar pada 5 Ogos 2017.

Seusai acara tersebut , majlis telah dirasmikan oleh oleh Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang , Zu Hazmin Badri yang menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar PASTI yang berjaya dalam acara yang dipertandingkan.

Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi berakhir kira-kira pada pukul 1.00 petang.