Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Negeri Selangor ADUN Bangi Dan Amal Serdang Terawal Bantu Mangsa Banjir Hulu Langat

ADUN Bangi Dan Amal Serdang Terawal Bantu Mangsa Banjir Hulu Langat

19 Jun 2017, Hulu Langat - YB Ustaz Shafie Ngah yang juga YDP Pas Kawasan Serdang dan Jabatan Amal Serdang antara terawal yang kehadapan memberi bantuan dalam kejadian banjir kilat di Kg. Bt. 10 Hulu Langat Sabtu lepas.

Banjir yang melanda pada hari sabtu lepas telah melibatkan lebih 2 ribu mangsa dan menenggelamkan beberapa buah rumah dan beratus lagi dimasuki air termasuk Masjid dan Sekolah.

Komandan Amal Serdang, Shazanda Muhammad Nasir ketika ditemui memaklumkan lebih 20 anggota Amal dari kawasan Serdang telah hadir membantu di Dapur Rakyat bagi menyediakan juadah berbuka puasa buat mangsa banjir dan sebahagiannya menyertai Skuad Mencuci rumah mangsa dan sekolah.

YB Ustaz Shafie Ngah pagi ahad sempat bermesyuarat bersama Pengarah Lajnah Kebajikan Pas Negeri Selangor YB Dr Abd Rani Osman bagi menyelaraskan gerak kerja bersama antara beberapa agensi yang ada dalam PAS seperti Jabatan Amal, Briged Muslimat, ARC dan PAS Kawasan Hulu Langat.

Turut sama hadir mesyuarat penyelaras tersebut ialah YB Dr Che Rosli Che Mat MP Hulu Langat, YB Hj Razaly Hassan Adun Sungai Tua bersama Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Selangor dan Muslim Care bagi membentuk satu pasukan "Task Force Banjir Langat".

Seribu bubur lambuk dari Bangi telah dibawa ke Hulu Langat oleh Amal Serdang pada petang tersebut dan agihan dibuat kepada mangsa banjir bersama juadah berbuka sumbangan PAS Negeri Selangor dan Muslim Care.