Rab07262017

Last updateRab, 26 Jul 2017 4pm

Tsunami Islam boleh tumbangkan DAP di Penang

Jawapan Dr. Zuhdi Marzuki apabila ditanya wartawan akan saranan Zairil supaya PAS menyertai Jemaah Tabligh:-

"Di dalam PAS memang sudah ada kegiatan menyucikan diri dan mengukuhkan kerohanian seperti yang dilakukan oleh Jamaah Tabligh. PAS memang mementingkan usaha seperti itu, supaya pimpinan politik yang dilahirkan oleh PAS tidak kaki kelab malam, berpeleseran dengan wanita bukan mahram dan lain-lain. Sepatutnya, sebagai seorang Islam, Zairil Khir juga wajar melakukan usaha seumpama itu.

Pimpinan yang berakhlak tinggi dan berintegriti sebenarnya lahir dari kegiatan penyucian diri dan pengukuhan kerohanian seperti yang ada dalam PAS serta Jamaah Tabligh. Dengan menawarkan pimpinan seperti ini, PAS yakin rakyat Malaysia akan menolak pimpinan politik sekular dan chauvinist seperti yang dilahirkan oleh DAP.

Saya juga mengingatkan DAP jangan memandang rendah kepada Jamaah Tabligh. Jumlah mereka yang ramai di Pulau Pinang dan pengaruh mereka yang tidak sedikit, di samping kerjasama dengan PAS dan NGOs Islam yang lain, jika digembeling akan mewujudkan Tsunami Islam yang akan menumbangkan DAP di negeri tersebut".

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP