Rab05242017

Last updateRab, 24 Mei 2017 9pm

Notis Keselamatan Siber: Ancaman Ransomware “WannaCry” Yang Sedang Merebak Luas Di Seluruh Dunia

Pihak Keselamantan ICT, Jabatan IT PAS Pusat ingin memaklumkan kepada semua warga PAS seluruh  negara berkaitan ancaman Ransomware terbaru bernama “Wannacry” yang sedang merebak diseluruh dunia bermula dari hari Jumaat 12 Mei 2017 yang lalu, dan mengakibatkan jangkitan ransomware  tersebut di 150 negara, melumpuhkan rangkaian computer di hospital di UK, keretapi di German dan banyak lagi badan kerajaan dan swasta di seluruh dunia.

Kini terdapat pula Ransomware baru bernama Uiwix yang mengambil kesempatan dari kelemahan yang terdapat di Windows yang sama seperti Wannacry. Ransomware ini boleh menyebabkan data anda tidak lagi dapat diakses, dan boleh melumpuhkan operasi.

Untuk menangani masalah ini, semua pihak mestilah:

1- Memastikan adanya salinan setiap data di dalam sistem Pelayan, PC dan juga Laptop, dan salinan di dalam External Hard drive ini mestilah offline, tidak dihubungkan dengan sistem berkenaan. Salinan di Cloud juga boleh digunakan, tetapi salinan offline mestilah juga diadakan.

2- Microsoft Windows Security patches mestilah terkini, khususnya Patch MS17-010 mestilah di pasang segera.
(Nota: Dapatkan lesen Windows yang sah, jika Security Patches menu anda dihalang)

3- Anti-virus mestilah dipasang, dan terkini.

4- Internet browser yang digunakan mestilah terkini.

5- Hati-hati jika menerima emel dari sesiapa yang tidak dikenali yang mengepilkan dokumen seperti PDF dan lain-lain yang mengandungi link ke laman internet yang mencurigakan.

6- Hati-hati jika menerima email dari sesiapa juga yang emel tersebut mengandungi link yang mencurigakan ke internet.

7- Hati-hati daripada melawat laman-laman web yang tidak dikenali, dan mengandundi perisian hasad (malware).

Dikeluarkan oleh
Jabatan IT PAS Pusat