Jum06232017

Last updateJum, 23 Jun 2017 12pm

Timbalan Presiden PAS Ajak Masyarakat Daftar Sebagai Pemilih untuk Tukar Kerajaan

KUALA LUMPUR-18 Jun 2017 : Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man mengajak dan menyeru masyarakat untuk mendaftar sebagai pemilih sebagai usaha untuk menukar kerajaan yang sedia ada supaya Negara akan ditadbir dengan lebih baik dan kebajikan golongan miskin terbela. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Semarak Kasih Ramadhan yang merupakan program tahunan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat.

Turut hadir Dr. Rosni Adam, Pengerusi LKKPP, Hj Mohd Noor Mohamad Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dan YB Dr. Rani Osman, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Selangor.

Acara tahunan ini diadakan bertujuan untuk meraikan golongan miskin, gelandangan dan orang ramai di sekitar Lorong Haji Taib berhampiran Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut. Walaupun telah memasuki tahun yang kesembilan diadakan, Semarak Kasih Ramadhan terus mendapat sambutan dan perhatian daripada orang ramai di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur khususnya sekitar Jalan Raja Laut.

“Yang kaya terus kaya, manakala yang miskin dipinggirkan sedangkan terlalu ramai golongan yang miskin. Sebaiknya kekayaan itu dikongsi bersama agar semua orang medapat manfaat daripadanya”. Tambah beliau lagi.

Di akhir ucapan beliau mengajak masyarakat yang hadir untuk sama-sama mendoakan PAS agar dapat memerintah Malaysia dengan jaya pada suatu hari nanti.