Sel09262017

Last updateIsn, 25 Sep 2017 3pm

PAS Anjur Sambutan Hari Malaysia, Sasar Pelbagai Etnik dan Kaum

 

Buat julung-julung kalinya, Lajnah Perpaduan Nasional, Parti Islam SeMalaysia dengan kerjasama PAS Negeri Sabah, akan menganjurkan Sambutan Hari Malaysia di Sabah.

Sambutan ini yang dijangka menarik penyertaan pelbagai kaum dan etnik akan diadakan di Dewan Tadika Chi Hwa, Sandakan, Sabah.

Program akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato' Hj Tuan Ibrahim Tuan Man dan dihadiri oleh pimpinan tertinggi PAS.

Pelbagai acara menarik akan diadakan sempena sambutan ini, antaranya, Peragaan Pakaian Pelbagai Etnik, Perlawanan Akhir Futsal sempena Sambutan Hari Malaysia, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak,
Demo Masakan Etnik, Kenduri Rakyat, Forum bertemakan Hari Malaysia, Deklamasi Sajak dan lain-lain.

Menurut Dr Najihatussalehah Ahmad, selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, semua Rakyat Malaysia berbilang kaum, khususnya yang berada di Sandakan dijemput untuk sama-sama memeriahkan sambutan ini.

"Kita mahu melihat rakyat negara kita hidup aman sejahtera dan harmoni dan meraikan perbezaan kepelbagaian etnik dan agama. PAS sebagai sebuah parti politik dengan tema Sejahtera Bersama Islam sentiasa mengiktiraf hak kebebasan beragama dan tidak pernah pernah memaksa kaum lain menganut Islam", ujar beliau lagi.

"Islam adalah sebuah agama yang cintakan keamanan dan amat bencikan persengketaan dan permusuhan", tambah Dr Najihatussalehah.

Sekretariat Komunikasi
Panitia Pelaksana
Sambutan Hari Malaysia 2017