Sel03282017

Last updateSel, 28 Mac 2017 1pm

Back Utama Artikel PAS Wilayah PAS Desak Kerajaan Tarik Balik Lantikan Pengerusi Pelabuhan Labuan

PAS Desak Kerajaan Tarik Balik Lantikan Pengerusi Pelabuhan Labuan



Rakyat Labuan sekali lagi dikejutkan oleh perlantikan Pengerusi Pelabuhan yang baru bagi sessi 2017 -2019 Datuk Seri Wee Jeck Seng. Ahli Parlimen Tanjung Piai, Johor.

PAS mendapat maklumat bahawa lantikan ini adalah hak ataupun kuota MCA .

PAS Labuan membantah dan tidak bersetuju dengan perlantikan tersebut kerana ;

1. Membelakangkan hak rakyat Labuan

2. Menutup peluang anak tempatan mengisi jawatan yang ada di sini

3. Tidak menghormati mandat pengundi dalam PRU 13 lalu

4. Menunjukan BN tidak yakin kepada anak tempatan untuk menggalas jawatan2 tertinggi di Pulau Labuan.

Apa kelayakan dan siapa Wee Jeck Seng ?

  • 52 years old, Bachelor of Business Administration, Sunderland University, UK.
  • July 28, 2016, by the Pahang Sultan for Datuk Seri (SSAP)
  • Has been elected members of the MCA Central Committee, this year was appointed Deputy Secretary,
  • is also a member of the Congress Public Accounts Committee.
  • Former Chairman of the Malaysian Timber Council.

What is so special about him ?

Education? Setakat berkelulusan 'Bachelor of Business Administration' , rakyat Labuan juga ramai yang graduate dari US dan UK ?

Pengalaman? Former Chairman of the Malaysian Timber Council ? Pelik dan hairan ! Pengalaman urus kayu balak bertukar pula kepada urus pelabuhan ! Anak Labuan ada yang lebih layak dan mempunyai ijazah dalam bidang Marine dan yang berkaitan dengan pelabuhan.


Setidak tidaknya kalau ini kuota MCA, kenapa members or leaders of MCA Labuan tidak diberi peluang? Kenapa mesti lantik MCA Tanjung Piai Johor ?

PAS Labuan merasakan perkara ini tidak lojik, pelik dan sangat jauh dari rasional !

PAS Labuan menggesa supaya lantikan ini dibatalkan dengan segera dan diganti dengan anak tempatan, agar pengurusan dan proses pentadbiran hal ehwal Labuan akan berjalan secara telus, tuntas, ' sense of belonging' serta membuka peluang "LABUAN UNTUK ANAK LABUAN" yang mana kini sudah menjangkau usia 33 tahun Labuan 'Under Wilayah Persekutuan' dan UMNO BN.

 

PAS LABUAN
20hb Mac 2017.