Rab08232017

Last updateRab, 23 Ogs 2017 10am

Back Utama Artikel PAS Wilayah Nota Istiqamah : Bagaimana kita memahami Kemenangan?

Nota Istiqamah : Bagaimana kita memahami Kemenangan?

Nota Istiqamah

20 Mac 2017 | 21 Jamadil Akhir 1438


"Bagaimana kita memahami Kemenangan?

Dr. Muhammad Fathi Yusuf menjelaskan:

"...Matlamat gerakan Islam—walau pun yang berdaftar sebagai parti politik—tidak serupa dengan matlamat kebanyakan parti politik lain iaitu untuk memburu kemenangan dalam pilihan raya. Bahkan jika diteliti falsafah dan konsep ‘kemenangan’ yang diyakini oleh gerakan Islam, kita akan mendapati wujud perbezaan yang ketara. Menang tidak semestinya mendapat kerusi atau memerintah negara, tetapi lebih luas dari itu. Bagi gerakan Islam apabila perubahan ke arah Islam itu sudah berlaku, maka itulah sebahagian daripada kemenangan, walau pun perubahan itu dilakukan oleh pihak-pihak lain. Falsafah kemenangan ini sedikit sebanyak mempengaruhi model gerakan Islam, misalnya berkaitan sikap gerakan Islam terhadap kerjasama politik dan gabungan parti-parti".

Pesanan daripada:
Urusan Ulama PAS Kawasan Segambut