Rab07262017

Last updateRab, 26 Jul 2017 4pm

Back Utama Berita/Kenyataan DMPP Pentas Pidato Muslimat 2017

Pentas Pidato Muslimat 2017

PROGRAM : PENTAS PIDATO MUSLIMAT 2017

Tidak dapat di nafikan lagi bahawa kemahiran berpidato merupakan satu aspek yang sangat penting bagi

semua peringkat kepimpinan PAS dari peringkat cawangan, kawasan, negeri, pusat mahupun dewan-dewan.

Atas dasar ini pihak Lajnah Penerangan dan Hubungan Media, Dewan Muslimat PAS Malaysia (LPHM DMPM)

bakal menganjurkan satu seminar asas pidato sebagai persediaan melahirkan generasi kepimpinan yang

bijak berpidato dan berhujah iaitu Pentas Pidato Muslimat 2017 pada tarikh 3 & 4 Februari 2017 ini.

 

Berobjektifkan : 1. Melatih penceramah-penceramah yang berkualiti di semua peringkat.

2. Memberi asas pidato dan teknik berhujah yang betul kepada peserta program.

3. Memberi Asas Mengendalikan Ceramah Kelompok

4. Teknik Asas Mengkritik & Menjawab Kritikan

 

Sasaran peserta ialah 2 orang ahli dari kawasan setiap Negeri & terbuka kepada kepimpinan muslimat di peringkat cawangan,

kawasan, negeri dan pusat. Pengisi yang telibat dalam memberi pengisian ialah

Tuan Abang Hasyim Abang Said (Teknik Pengucapan Awam) dan Ustaz Zaharuddin Muhammad (Pembentangan Dokumen Hijau dan WIN)

dan turut diadakan pertandingan pidato bagi kategori Muslimat berumur bawah 39 tahun dan 40 tahun ke atas.

 

Pendaftaran untuk dihubungi : Ustazah Siti Fathiyah Bt Mohd Razi 010 – 9219440.

Harapan semoga dengan kehadiran peserta setiap peringkat dapat membina ikon muslimat

yang berkemahiran dalam berpidato serta berhujah dalam menghadapi kritikan dalam setiap isu yang berlaku.