Sel03282017

Last updateSel, 28 Mac 2017 1pm

Back Utama Berita/Kenyataan DMPP Selamat Berangkat Delegasi Food For Flotilla Arakan Myanmar (FFAM)

Selamat Berangkat Delegasi Food For Flotilla Arakan Myanmar (FFAM)

 Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat.

Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat.

Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya." [Hadis Riwayat Muslim no. 2699]

Alhamdulillah, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bakal menyertai satu misi besar demi membantu pelarian Etnik Rohingya yang berada di Mynmmar dan Bangladesh. Misi ini akan membawa sumbangan rakyat Malaysia untuk diagihkan. Aktiviti kebajikan di kem-kem pelarian termasuk pembinaan perigi tiub (tube well) juga akan diadakan bagi memudahkan urusan bekalan air untuk aktiviti harian mereka.

Oleh itu, kami saff pimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan ini mengucapkan selamat berangkat kepada semua delegasi dari Malaysia khasnya buat delegasi muslimat yang diketuai oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh Ketua DMPM, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali dan Pn Sharifah Rashida Sayed Idrus serta seluruh ahli rombongan. Semoga segala urusan dipermudahkan serta dalam naungan Allah S.W.T.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada semua penyumbang yang memberi sokongan terhadap misi ini. Sesiapa yang masih belum menyumbang, anda bolehlah melakukan demikian di Tabung Kemanusiaan Antarabangsa 564070611352 (Maybank). Sesungguhnya, ganjaran Allah s.w.t itu sangat besar bagi mereka yang memudahkan urusan orang lain.

Ayuh teruskan menyumbang dan berdoa buat saudara kita yang dizalimi. Semoga kita tergolong dari hambaNya yang beriman. InsyaAllah, "Hulurkan Tangan, Ringankan Beban" "Muslimat Memacu Kemenangan" "PAS Pilihanku"


DR ROSNI ADAM

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia(DMPM)

5 Jamadil Awal 1438H
2 Februari 2017M