Rab07262017

Last updateRab, 26 Jul 2017 4pm

Back Utama Berita/Kenyataan DMPP Kenaikan Harga Gula Menambah Bebanan Rakyat.

Kenaikan Harga Gula Menambah Bebanan Rakyat.

1. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap kadar kenaikan harga gula yang berkuatkuasa 1 Mac lalu.

2. Harga baharu bagi gula pasir putih bertapis kasar kini pada harga RM2.95 sekilogram. Menurut KPDNKK, hal demikian adalah disebabkan peningkatan yang ketara bagi harga gula mentah dunia yang diimport oleh Malaysia.

3. Kami dari Dewan Muslimat PAS Malaysia, (DMPM) menggesa pihak kerajaan meneliti semula keputusan tersebut dan mengambil kira kadar sara hidup rakyat Malaysia.

4. Rakyat kini terus menerus dibebankan dengan peningkatan harga barang sekaligus menambahkan lagi kos sara hidup seharian mereka. Hal ini perlu dipandang serius supaya tanggungjawab sosial mesti dilaksanakan bukan sekadar slogan " Rakyat Didahulukan". Jangan kerajaan hanya menanam tebu dibibir sahaja.

5. Besar harapan kami agar pihak bertanggungjawab menangani isu ini dengan sebaiknya dan mencari solusi agar kesejahteraan rakyat tidak terabai. Kami mengingatkan juga supaya rakyat tidak dibebani dengan semua masalah negara dan menjadi sasaran kepada jalan penyelesaian kewangan negara.

PUAN SALAMIAH MOHD NOR
Naib Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
11 Jamadil Akhir 1438
10 Mac 2017