Rab03292017

Last updateSel, 28 Mac 2017 5pm

Back Utama Berita/Kenyataan DMPP DMPM Puji Sikap Maybank Tawar Cuti Bersalin Setahun

DMPM Puji Sikap Maybank Tawar Cuti Bersalin Setahun

Ketua Kumpulan Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf mengumumkan tawaran cuti bersalin selama setahun kepada kakitangan wanita yang layak.

Pengumuman tersebut dinyatakan dalam ucapan beliau pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa dan telah berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Kami Dewan Muslimat Malaysia, DMPM menyambut baik dan memuji sikap prihatin pihak Maybank terhadap golongan wanita.

Sememangnya, sikap ini perlu dicontohi oleh institusi kerajaan mahupun swasta yang lain bagi memastikan para ibu mendapat hak sewajarnya dengan mengimbangi keperluan kerja dan rumahtangga.

Tindakan Maybank adalah selari dengan tuntutan Islam yang menekankan hak keistimewaan kaum wanita.

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.” (QS. an-Nahl ayat 97).

Kami berharap agar lahir lebih ramai pekerja yang produktif melalui tempoh lanjutan cuti ini.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
11 Jamadil Akhir 1438
10 Mac 2017