Rab06282017

Last updateSel, 27 Jun 2017 12pm

Back Utama Berita/Kenyataan DMPP Muslimat PAS Teruskan Misi Dakwah di Sabah

Muslimat PAS Teruskan Misi Dakwah di Sabah

PITAS : Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan kerjasama Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Sabah telah mengadakan Jelajah Dakwah Pitas yang bertujuan untuk menyebarkan dakwah khususnya kepada masyarakat muslim, saudara baru dan bukan muslim.

Di samping itu, peserta misi dakwah ini turut menyantuni dan menjalinkan hubungan bersama masyarakat setempat selain membantu menerapkan kefahaman Islam, aqidah dan perlaksanaan fardhu ain kepada mereka.  

Program dua hari ini telah melibatkan tiga kawasan iaitu Kampung Manggis, Kampung Rokum Laut dan Kampung Taka Blok 5.

“Misi jelajah ini telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada masyarakat setempat”, jelas Pengerusi Lajnah Dakwah DMPM, Ustazah Hamidah Hj. Daud.

Tambah beliau; “Usaha ini mesti disambut dan diteruskan di peringkat negeri Sabah sebagai usaha memupuk nilai-nilai Islam dalam kalangan penduduk setempat”.

Turut serta dalam misi ini ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah DMPM, Dr. Mardhiyah Hayati Salleh, penggerak DMPN Sabah, Briged Muslimat Sabah serta Jabatan Amal Sabah.