Rab07262017

Last updateRab, 26 Jul 2017 4pm

Back Utama Berita/Kenyataan DMPP BANJIR HULU LANGAT :SUMBANGAN KECEMASAN DIPERLUKAN

BANJIR HULU LANGAT :SUMBANGAN KECEMASAN DIPERLUKAN

BANJIR HULU LANGAT 2017. SUMBANGAN KECEMASAN DIPERLUKAN UNTUK MERINGANKAN KESUSAHAN MEREKA.

Banjir kilat melanda Hulu Langat sejak petang semalam (17 Jun 2017). Limpahan air Sungai-Sungai Kampung, Sungai Langat dari Pangsun, Perdik dan kawasan sekitarnya melimpahkan air yang menyebabkan air naik mendadak di sekitar Hulu Langat. Jabatan Amal, Pasukan Halwa dan Muslimat Hulu Langat sedang bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa banjir.

Justeru, sumbangan kilat diperlukan bagi membantu dan meringankan beban kepada mangsa-mangsa yang terlibat.Semoga Allah mengganjarkan syurga-Nya buat kita yang berusaha untuk membantu saudara-saudara kita yang di dalam kesusahan. Insha Allah. Aamiin.

Selain wang tunai, kami juga menerima sumbangan dalam bentuk barang-barang keperluan seperti makanan (terutama makanan dalam tin), barang keperlua bayi seperti Pampers, susu, selimut serta barang keperluan wanita seperti tuala wanita dan sebagainya.

Barang-barang sumbangan tersebut bolehlah dihantar terus ke:   https://foursquare.com/v/kompleks-penghulu-mukim-hulu-langat/56f7e768498e7f811b87c2aa

Dan bagi yang ingin menyumbang dalam bentuk wang tunai, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun:

MAYBANK 5640 2540 0711 - Dewan Muslimat PAS Pusat 

SMS/Whatsapp slip sumbangan  atau sebarang pertanyaan berkenaan sumbangan barang keperluan kepada:

Dr. 'Uyun : 019 - 357 7502
Puan Zurina : 014 - 306 9141
Saudari Zuriati : 019 - 204 9434
Saudari Oyeen : 019 - 590 2381

Semoga dengan sumbangan anda, ianya menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. InsyaAllah, Jazakumullah Khair Katheera. Siiru 'ala Barakatillah.

Diterbitkan oleh :
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia

 

#KamiPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan