Jum06232017

Last updateJum, 23 Jun 2017 12pm

Back Utama Berita/Kenyataan DMPP Maknakan Syawal Buat Para Murobitun

Maknakan Syawal Buat Para Murobitun

Maknakan Syawal Buat Para Murobitun

Sempena Bulan Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia ingin mengajak Tuan Puan serta Saudara dan Saudari yang budiman bersama-sama kami  untuk meraikan para Murobitun yang selama ini menjadi salah satu dari tulang belakang Jemaah PAS yang kita kasihi ini.

Dengan ini, kami dengan rasa rendah hati ingin melancarkan Tabung Infaq buat para Murobitun sempena Syawal yang akan diraikan nanti. Semoga dengan sumbangan Tuan Puan serta Saudara dan Saudari yang budiman di bulan mulia ini akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dari Allah SWT.

Bagi yang berminat untuk menyumbang, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun: 

MAYBANK 5640 2540 0711 - Dewan Muslimat PAS Pusat

 SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. 'Uyun : 019 - 357 7502
Puan Zurina : 014 - 306 9141
Saudari Zuriati : 019 - 204 9434
Saudari Oyeen : 019 - 590 2381

'Sesungguhnya mereka yang bertungkus-lumus melalui jalan yang susah ini, dengan kehendak Allah SWT telah memahami segala maksud kitab al-Quran dan as-Sunnah. Mereka tidak menyeleweng daripada kebenaran, al-khair (kebaikan) dan terus menerus menyeru manusia kepadanya. Sehinggalah umat ini bangkit dan berdiri tegak, dan kemanusiaan berada mantap di bawah naungan bendera Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Sesungguhnya mereka yang berjalan di atas jalan ini, mereka bersungguh-sungguh megharapkan keredhaan Allah SWT." ~ Zainab a-Ghazali al-Jubaili.

Semoga dengan sumbangan anda, ianya menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. InsyaAllah, Jazakumullah Khair Katheera.

Siiru 'ala Barakatillah. 

 

Terbitan : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia

 

#KamiPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan