Sab07222017

Last updateJum, 21 Jul 2017 10am

Back Utama Berita/Kenyataan DMPP Program Qurban dan Aqiqah DMPM Sesi 2017

Program Qurban dan Aqiqah DMPM Sesi 2017

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Program Ibadah Qurban/Aqiqah Anjuran Lajnah Kebajikan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Dengan Kerjasama LKK DMP Negeri Sabah

In shaa Allah. Bagi meneruskan misi Qurban dan Aqiqah seperti tahun-tahun yang lalu, LKK DMPM akan melaksanakan program Qurban dan Aqiqah bagi Sesi 2017.

Lokasi tahun ini adalah Negeri Sabah.

Sila Rujuk Kos Penyertaan Pada Poster yang disertakan.

 

Objektif Ibadah Qurban dan Aqiqah:

1. Membuka ruang kepada masyarakat Islam Malaysia memanfaatkan hajat Ibadah Qurban mereka untuk diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan terutama di lokasi-lokasi yang masyarakat Islam hidup dalam keadaan dhaif dan miskin.

2. Menjadikan Ibadah Qurban ini sebagai media dakwah dan mengembangkan Syiar Islam di kawasan umat Islam hidup dalam kemiskinan dan digolong dalam golongan minoriti.

3. Melahirkan rasa prihatin ummah Rakyat Malaysia kepada saudara-saudara kita yang dihimpit kesusahan dan menzahirkan hubungan ukhuwah yang teguh sesama umat Islam walaupun dipisahkan oleh sempadan negeri dan bangsa.

 

Kepada sahabat-sahabat yang berminat menyertai Program Ibadah Qurban & Aqiqah LKK DMPM ini bolehlah membuat bayaran kepada:

MAYBANK 5640 2540 0711 - Dewan Muslimat PAS Pusat

SMS/Whatsapp slip bayaran kepada:

Dr. 'Uyun : 019 - 357 7502
Puan Zurina : 014 - 306 9141
Saudari Zuriati : 019 - 204 9434
Saudari Oyeen : 019 - 590 2381
Puan Izzati : 014 - 508 8475

Sila nyatakan:-

Nama Peserta :
Jumlah Bahagian (Lembu):
Jumlah Kos Yang Telah Dibankkan :

“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” (HR. Muslim no. 1893).

Terima kasih atas segala perhatian dan sokongan. Moga segala sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua akan meraih keberkatan dan pahala yang besar dari Allah swt.

Allahumma Aamiin.

Jazakumullahu Khair Katheera. Siiru 'ala Barakatillah.

 

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia

#KamiPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan