Sel09262017

Last updateIsn, 25 Sep 2017 3pm

Back Utama Berita/Kenyataan DMPP Seindah Syawal : Raikan MOSWAY di Terengganu

Seindah Syawal : Raikan MOSWAY di Terengganu

14 Julai 2017, Terengganu : Pada hari Khamis yang lalu iaitu tanggal 6 Julai 2017 bersamaan dengan 12 Syawal 1438H, Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) masih berfokus dengan misi meraikan Syawal bersama golongan MOSWAY (Miskin, OKU, Sakit, Warga Emas, Armalah dan Yatim) di bawah Program Seindah Syawal. Lokasi program Seindah Syawal tersebut diadakan di sekitar DUN Ladang, Parlimen Kuala Terengganu.

Seramai 5 orang yang telah dikenal pasti merupakan mereka yang tergolong dalam golongan MOSWAY dan layak untuk menerima sumbangan. Kelima-lima penerima tersebut adalah dalam golongan sakit, OKU, Miskin dan Warga Emas. Di antara mereka ada yang mengalami kurang penglihatan dan pendengaran dan dalam masa yang sama beliau juga menguruskan suaminya yang lumpuh di rumah sewa mereka. Selain itu, ada pula di antara mereka juga, sumber rezekinya hanyalah dengan menjual kuih sambil menjaga cucunya. Manakala yang seorang di antara mereka juga, sumber pendapatannya hanyalah dengan mengajar mengaji.

Program Seindah Syawal yang diraikan bersama MOSWAY ini dihadiri oleh Ustazah Nuridah Bt Mohd Salleh selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. Bersama-sama beliau ialah AJK Skuad Prihatin LKK DMPM iaitu Dr. Che Faridah serta AJK LKK dan Muslimat DMPN Terengganu. Sumbangan dari para penyumbang yang dermawan telahpun disampaikan kepada mereka yang layak melalui pimpinan-pimpinan yang hadir ke Program Seindah Syawal tersebut.

Pengalaman dan luahan perasaan dari pimpinan yang menyertai Program ini, menurut mereka amat terkesan, sebak dan sedih apabila melihat sendiri bagaimana seorang isteri yang kurang penglihatan dan pendengaran itu serta dengan keupayaan suami isteri yang terbatas menguruskan kerja-kerja rumah tanpa batuan dari sesiapa. Namun jelas dari senyuman mereka amat terharu dengan kehadiran dan keprihatinan PAS yang datang berkunjung.

Pihak LKK DMPM merasa amat bersyukur dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang yang dermawan atas sumbangan serta sokongan yang tidak pernah jemu. Bagi mereka yang juga ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan, LKK DMPM sentiasa bersedia membantu memudahkan niat murni kalian. Peluang sentiasa terbuka untuk menempah nama untuk saham akhirat dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun:

MAYBANK 5640 2540 0711 - Dewan Muslimat PAS Pusat

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. 'Uyun : 019 - 357 7502
Puan Zurina : 014 - 306 9141
Saudari Zuriati : 019 - 204 9434
Saudari Oyeen : 019 - 590 2381

Jazakumullah Khair Katheera.

Siiru 'ala Barakatillah.

"Sejahtera Bersama Islam"

"Muslimat Memacu Kemenangan"