Sel09262017

Last updateIsn, 25 Sep 2017 3pm

Back Utama Berita/Kenyataan DMPP Ziarah Mahabbah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya

Ziarah Mahabbah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya

12 Julai 2017, Kuala Lumpur : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573)

Baru-baru ini Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mendapat perkhabaran dari beberapa orang sahabat yang diuji dengan kesakitan. Sehubungan dengan itu, Skuad Prihatin mengambil inisiatif membuat ziarah mahabbah ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pada hari Isnin baru-baru ini bersamaan dengan 10 Julai 2017.

Dua sahabat telah diziarahi pada hari tersebut iaitu, anak kepada Setiausaha PAS Kawasan Lembah Pantai, Haji Zamri dan Isteri, Puan Rogayah di wad Kanak-kanak. Anak beliau telah disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Manakala seorang lagi sahabat berada di Ward Medical 2 di tingkat 3, Menara Selatan di Hospital yang sama, iaitu Saudara Abdul Hamid b Jarnail Karamdin atau lebih dikenali dengan Saudara Adam Hamid yang berusia 44 tahun. Beliau diuji dengan menghidapi jangkitan paru-paru.

Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah Dr. Izza Malek, wakil dari Muslim Care Malaysia, Puan Kahsiah selaku Pengerusi LKK DMP Kawasan Lembah Pantai, Encik Shukhiri Kamis, selaku Timbalan Penegerusi Skuad Prihatin Wilayah Persekutuan, dan Puan Zurina Din selaku Pengerusi LKK DMP Wilayah Persekutuan.

Dalam ziarah tersebut, sahabat-sahabat yang telah diziarahi menerima sedikit sumbangan dari pihak LKK DMPM. Pihak LKK DMPM amat berterima kasih kepada para penyumbang yang dermawan yang tidak pernah putus memberi sokongan serta menjadi tulang belakang LKK DMPM selama ini untuk meneruskan misi-misi Kebajikan dan Kemasyarakan bagi mereka yang memerlukan. Tidak lupa juga doa buat sahabat-sahabat kita agar diberi kekuatan dan kesembuhan dari Allah SWT.

Bagi yang berminat untuk menyumbang ke Tabung MOSWAY (Miskin, OKU, Sakit, Warga Emas, Armalah dan Yatim), bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun:

MAYBANK 5640 2540 0711 - Dewan Muslimat PAS Pusat

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. 'Uyun : 019 - 357 7502
Puan Zurina : 014 - 306 9141
Saudari Zuriati : 019 - 204 9434
Saudari Oyeen : 019 - 590 2381

Semoga dengan sumbangan anda, ianya menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. InsyaAllah, Jazakumullah Khair Katheera. Siiru 'ala Barakatillah.

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia

#KamiPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan