Sab08192017

Last updateJum, 18 Ogs 2017 8pm

Back Utama Berita/Kenyataan DMPP Seindah Syawal : Raikan Pesakit di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang.

Seindah Syawal : Raikan Pesakit di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang.

21 Julai 2017, Klang : Pada hari Rabu baru- baru ini iaitu pada 19 Julai 2017 bersamaan dengan 23 Syawal 1438H, Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) meneruskan misi Seindah Syawal dengan kerjasama LKK DMPN Selangor dan juga Muslim Care Malaysia.

Program Seindah Syawal kali ini telah diadakan di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang Selangor Darul Ehsan. Sebanyak 2 buah wad telah terpilih iaitu Wad Surgical 3A dan Wad Ortopedik Wanita.

Di dalam program Seindah Syawal ini, seramai 70 orang pesakit telah menerima sumbangan daripada LKK DMPM. Sumbangan-sumbangan berupa wang tunai, sedikit kuih muih, hamper Raya dan beberapa cenderahati yang telah disampaikan kepada pesakit-pesakit dan petugas-petugas hospital tersebut adalah hasil daripada sumbangan para penyumbang yang dermawan di luar sana.

Antara yang hadir dalam program Seindah Syawal tersebut ialah Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media DMPM merangkap Ketua DMPN Selangor, Hj Zakaria Abdul Latif selaku AJK Muslim Care Malaysia, Puan Nor Riha Yusoff selaku Pengerusi LKK DMPN Selangor, Norsaerah Binti Hussin selaku Ketua Muslimat DMP Kawasan Klang serta ahli-ahli jawatankuasa LKK DMPM, LKK DMPNS dan DMPK Klang memeriahkan lagi suasana program Seindah Syawal.

  

Selain menyampaikan sumbangan kepada pesakit, LKK DMPM, DMPNS dan Muslim Care Malaysia juga telah menyampaikan sijil dan juga plaque kepada ketua-ketua wad yang diziarahi dan juga kepada pihak Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang sebagai tanda penghargaan atas kerjasama menjayakan program ini.

Pihak LKK DMPM juga merasa amat bersyukur dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang yang dermawan atas sumbangan serta sokongan yang tidak pernah jemu. Bagi mereka yang juga ingin menghulurkan bantuan dan sumbangan untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan, LKK DMPM sentiasa bersedia membantu memudahkan niat murni kalian. Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun:

MAYBANK 5640 2540 0711 - Dewan Muslimat PAS Pusat

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. 'Uyun : 019 - 357 7502
Puan Zurina : 014 - 306 9141
Saudari Zuriati : 019 - 204 9434
Saudari Oyeen : 019 - 590 2381

Semoga dengan sumbangan tersebut, akan menjadi saham terbesar buat kita di akhirat kelak. Jazakumullah Khair Katheera.

Siiru 'ala Barakatillah.

"Sejahtera Bersama Islam"

"Muslimat Memacu Kemenangan"