Jum08182017

Last updateKha, 17 Ogs 2017 5pm

Back Utama Berita/Kenyataan DMPP Tahniah! Prevena Menyinar Di Pentas Dunia

Tahniah! Prevena Menyinar Di Pentas Dunia

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Prevena Ramakrishnan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

2. Beliau dianugerahkan sebagai "Best Speaker" dan " Best Position Paper Awards" dalam persidangan yang berlangsung pada jumaat lepas di Amerika Syarikat.

3. Menurut sumber dari Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, adik Prevena merupakan anak Malaysia yang pertama mewakili negara ke Persidangan United Nation; 2017 International Model yang menghimpunkan 96 delegasi lain dari seluruh dunia.

4. Persidangan itu diadakan bagi mempromosikan isu global melalui simulasi yang berkait dengan pendidikan.

5. DMPM berharap, pihak kerajaan dan NGO yang berkaitan mengambil peranan yang efektif dalam menambahbaik sistem pendidikan di negara kita bagi melahirkan lebih ramai modal insan yang mampu melonjakkan nama negara di persada dunia khususnya dalam bidang pendidikan.

"Muslimat Memacu Kemenangan"

DR ROSNI ADAM
Timbalan Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia,
10 Zulkaedah 1438H
3 Ogos 2017