Sel09262017

Last updateIsn, 25 Sep 2017 3pm

Back Utama Berita/Kenyataan DMPP Program Ibadah Qurban dan Aqiqah di Sandakan Sabah

Program Ibadah Qurban dan Aqiqah di Sandakan Sabah

2 September 2017, Sandakan : Tanggal 10 Zulhijjah setiap tahun semua umat Islam yang tidak melaksanakan haji akan merayakan hari raya Aidil Adha. Pada hari itu, umat Islam sangat disunnahkan untuk berqurban dimana mereka menyembelih haiwan qurban dan kemudiannya dibahagi-bahagikan kepada seluruh umat Islam di suatu daerah.

Dari Aisyah ra, Nabi saw bersabda, “Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah SWT dari menyembelih haiwan Qurban. Sesungguhnya haiwan Qurban itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah Qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) Qurban itu.” (HR Tirmidzi).

Saban tahun, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) juga tidak pernah ketinggalan melaksanakan program Ibadah Qurban dan Aqiqah di seluruh Malaysia. Alhamdulillah, tahun ini LKK DMPM telah memilih Kawasan Sandakan, Sabah untuk program kali ini.

Program Ibadah Qurban dan Aqiqah ini juga merupakan anjuran bersama LKK DMPN Sabah, PAS Kawasan Sandakan, PAS Kawasan Batu Sapi, PAS Kawasan Libaran dan anjuran bersama NGO Muslim Care Malaysia (MCM) dan Pertubuhan Amal Khadijah Malaysia (PERAMAH).

Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan dalam program kali ini hasil kerjasama juga daripada ramai pihak.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Bt Mohd Salleh, mewakili LKK DMPM, Dr. Nurul Izza Bt Abdul Malek, mewakili Muslim Care Malaysia serta beberapa orang muslimat dari AJK LKK DMPM dan juga AJK PERAMAH.

Selain itu, turut bersama-sama menjayakan program ini Ketua DMPN Sabah iaitu Puan Norsah Bongsu dan Puan Izzati selaku Ketua LKK DMPN Sabah. Manakala dari PAS Kawasan, turut hadir ialah YDP PAS Kawasan Sandakan, YDP PAS Kawasan Batu Sapi dan YDP PAS Kawasan Libaran.

Alhamdulillah, program hari ini berjalan dengan lancar dalam keadaan cuaca yang sangat baik dengan izin Allah SWT. Semoga semua yang terlibat dalam program ibadah Qurban dan Aqiqah pada hari ini memperoleh pahala sisi Allah dan diterima sebagai amal soleh.