Kha08242017

Last updateKha, 24 Ogs 2017 1pm

Back Utama Berita/Kenyataan DPPP Pertemuan Muhibbah Dewan Pemuda PAS Malaysia ( DPPM ) dengan Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia ( PSSGM )

Pertemuan Muhibbah Dewan Pemuda PAS Malaysia ( DPPM ) dengan Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia ( PSSGM )

Pertemuan muhibbah DPPM dengan PSSGM berlangsung hari ini (18 Januari 2017) bertempat di ibu pejabat PGGSM, Kg. Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Delegasi DPPM di ketuai oleh Naib Ketua DPPM, Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin dan di sertai oleh Pengarah Amal Malaysia, Saudara Mohd. Nazree Mohd Aris, Penolong Setiausaha 3 DPPM, Saudara Ikhwan M. Ali dan Pengarah Akedemi Kepimpinan Pemuda ( AKP ), Khairul Nadzir Bin Helmi Azhar.

Delegasi DPPM di sambut oleh Yang Di Pertua PSSGM. Datuk Adiwijaya Abdullah dan pimpinan PSSGM. Pertemuan bersifat kunjungan muhibbah dan ramah mesra, bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan persefahaman di antara DPPM dan PSSGM.

Disamping itu juga, DPPM selaku wadah kepada anak muda di dalam PAS berpendapat, PSSGM selaku pertubuhan ilmu persilatan utama negara perlu memainkan peranan penting dalam menjadikan ilmu persilatan itu sendiri sebagai medium pembentukan jati diri, mendisiplinkan diri, mengeratkan persaudaraan dan silaturrahim supaya dapat membentuk sikap positif serta nilai murni yang dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara sesuai dengan kaedah Islam yang mementingkan disiplin diri, mengeratkan persaudaraan dan menjadikan Islam sebagai wadah perpaduan sesama insan.

DPPM berharap dengan permulaan pertemuan yang bersejarah ini akan adanya kerjasama yang erat serta berpanjangan yang positif di antara kedua-dua belah pihak. Harapan DPPM agar ilmu persilatan di angkat kembali sebagai warisan bangsa yang utama di samping menjadikan ilmu persilatan itu sendiri sebagai satu medium untuk mengelak daripada terjerumus ke dalam anasir-anasir negatif seperti gejala penyalahgunaan dadah, maksiat dan pelbagai penyakit sosial yang sedang berleluasa dekad ini.