Jum04282017

Last updateKha, 27 Apr 2017 6pm

Back Utama Berita/Kenyataan DPPP Konvensyen Profesional Malaysia

Konvensyen Profesional Malaysia

Jabatan Profesional Muda (JPro) dibawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Konvensyen Profesional Malaysia (K-Pro) pada 18 Mac 2017.

Program ini bertujuan menghimpunkan para profesional bagi membincangkan idea Kerajaan Teknokrat yang telah diketengahkan oleh Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Beliau akan menyampaikan Ucaptama K-Pro dengan tema Kerajaan Teknokrat.

K-Pro juga merupakan medan diskusi bagi para profesional bekerjasama menyumbang idea dan pengalaman untuk mencari solusi terhadap isu-isu rakyat merangkumi kos sara hidup, peluang pekerjaan, masalah sosial, kesihatan, pembangunan teknologi dan infrastruktur serta pelbagai lagi.

Nantikan maklumat lanjut program ini dalam masa terdekat.