Rab04262017

Last updateRab, 26 Apr 2017 4pm

Back Utama Berita/Kenyataan DPPP Tindakan Pemuda PAS Kelantan Selaras Dengan Peruntukan Undang-undang & Amalan Demokrasi di Malaysia

Tindakan Pemuda PAS Kelantan Selaras Dengan Peruntukan Undang-undang & Amalan Demokrasi di Malaysia

1. Menjawab kenyataan Faiz Fadzil, Timbalan Ketua Pemuda PAN bertarikh 21/2/2017. Dato Husam Musa (DHM) yang merupakan kepimpinan PAN tiada hak untuk berucap dalam program PAS, kecuali jika diminta dan diizinkan sedemikian.

2. Program tersebut bertujuan untuk menerangkan keadaan sebenar yang menyelubungi debat baiah, serta untuk menyanggah pelbagai tuduhan yang dilemparkan DHM khususnya terhadap PAS Kelantan.

3. Peguam Faiz Fadzil dalam keghairahan untuk membela tindakan "gatecrashing" oleh DHM, telah dengan sengaja memberikan tafsiran yang bukan sahaja mengelirukan, bahkan bertentangan dengan teks dan konteks sebenar Akta Perhimpunan Aman 2012.

4. Sungguhpun bilangan penceramah tidak dihadkan, tetapi penyerahan senarai maklumat penceramah-penceramah serta lain-lain maklumat dibawah Seksyen 10 Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada pihak polis, 10 hari lebih awal, adalah bersifat mandatori. Tiada dikotomi. Ia perlu dipatuhi.

5. Penganjur telahpun menyerahkan senarai nama penceramah-penceramah bagi program tersebut kepada pihak polis selaras dengan peruntukan undang-undang. Nama DHM tidak terkandung didalam senarai tersebut. Dalam keadaan sedemikian, tidak wajar DHM dibenarkan untuk berucap dalam program tersebut.

6. Sesungguhnya perbuatan "gatecrashing" di sebuah program parti lain bukanlah satu amalan demokrasi yang baik, malah tidak beradab & memalukan. Masyarakat sivil perlu menjauhinya dan mencemuh pelakunya!

AHMAD AMZAR BIN AHMAD AZLAN
PEGUAM (AJK JUHAM-DPPM)

21 FEBRUARI 2017 /
24 JAMADIL AKHIR 1438