Isn06262017

Last updateAhd, 25 Jun 2017 6pm

Back Utama Berita/Kenyataan DPPP DPPM | Wawancara Khas Bersama Blooomberg

DPPM | Wawancara Khas Bersama Blooomberg


SEBARAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
12 Jun 2017 | 17 Ramadan 1438

"WAWANCARA KHAS BERSAMA BLOOMBERG"

1. Pihak kami telah menerima kunjungan daripada Bloomberg Malaysia dan Singapura yang telah mengadakan wawancara khas ke atas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

2. Wawancara ini berkisar mengenai perkembangan dan pendekatan politik PAS khususnya Pemuda PAS termasuk dalam PRU-14 nanti dan hubungan bersama parti lain, serta peranan PAS dalam pembangunan negara. Turut dibicarakan adalah mengenai RUU355.

3. Dalam wawancara itu, Ketua Pemuda menyatakan bahawa PAS bukan parti pragmatik yang cuba mengambil peluang untuk kepentingan politik semata-mata. Sebaliknya beliau menegaskan bahawa negara perlu mempunyai integriti agar pemerintah lebih bertanggungjawab.

4. Kata beliau, untuk memastikan pentadbiran itu telus, amanah, jujur dan seumpamanya, mestilah diterapkan roh Islam dalam pentadbiran. Begitu juga sebarang perubahan dalam negara mestilah selari dengan lunas demokrasi dan tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan khususnya Islam sebagai agama negara.

5. Beliau meneliti kajian bebas banyak pihak yang menunjukkan dapatan bahawa sokongan kepada PAS meningkat khususnya dari kalangan Melayu Islam. DPPM katanya, meletakkan sasaran menguasai 60 peratus undi anak muda dalam PRU-14, seiring undi anak muda yang meliputi 45 peratus di setiap Parlimen.

6. Malah, ujar Ustaz Khalil, DPPM juga sedia memikul cabaran mendokong sasaran minima parti untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen dan menguasai 4 negeri dari kemenangan PRU-14 nanti yang akan diterjemahkan antaranya menerusi gemblengan tenaga Pemuda PAS.

"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"

MUHAMMAD KHAIDIR DIN
Penolong Setiausaha III
Hubungan Luar & Diplomatik
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Nota Foto:
Muhammad Khalil sedang ditemubual wakil Bloomberg Singapura, Jason Koutsoukis dan Bloomberg Malaysia, Anisah Shukry